Monday, October 18, 2010

PERKEMBANGAN DERIA BAYI

Deria Sentuhan

kepekaan sentuhan bayi amat tinggi terutamanya di bahagi,an mulut tapak tangan dan kaki.
bayi baru lahir menunjukkan tindak balas terhadap perubahan suhu lebih-lebih lagi pada suhu yang sejuk berbanding suhu panas!!
contohnya, bayi akan menangis bila tidak berpakaian.
bayi juga sebenarnya sensitif kpd kesakitan.
pada peringkat prasekolah dan sekolah perkmbangan
deria sentuhan mereka berkembang sehingga mereka boleh membezakan objek yang kasar,halus,panas,dan sejuk serta lain-lain.



Deria Rasa Dan Bau

bayi baru lahir sgt peka dan dapat bezakan rasa dan bau tertentu.
mereka sangat suka pada rasa manis seperti susu.
bayi x suka rasa masin,masam dan pahit....

mereka juga peka dengan bau makanan dan bau orang dewasa.
contohnya bila diberi pisang bayi akan sukakannya tetapi akan mengerutkan
 dahi bila terbau telur.



Derai Pendengaran

sebenarnya bayi suka terhadap bunyi yang bernada tinggi
seperti suara ibu atau wanita sejak dia dilahirkan.
bunyi muzik dan dengupan jantung ibu akan memebuatkan bayi rasa tenang.
semasa 4 bulan, bayi akan mencari suara walaupun didlm gelap.
kbolehan semakin baik sehinnglah pada ahun kedua bayi 
dapat mengesan jarak punca bunyi.


usia 1 thn, bayi boleh bezakan 2 melodi.
mereka lebih peka pada perbezaan halus dalam sebutan misalnya,
"ba"dengan "ga" atau "ma"dengan "na".
pada pertengahan tahun pertama, bayi mula menapis
bunyi dan menumpu lebih perhatian kepada bunyi yang biasa didengari dalam bhs ibunda
umur 9 bulan pula, mereka sensitif pada bunyi denagn mendengar dan menyebut
perkataan mengikut dialek sendiri.
sekiranya mereka didedahkan dengan mendengar cerita dan menyanyi , kebolehan mengingat perkataan baru akan meningkat.....

Saturday, October 9, 2010





TEORI PIAGET
Siapakan beliau????
Dilahir di Swiss pada 9 0gos 1896 dan meninggal16 september 1980 pada umur 84 tahun. 
Beliau merupakan seorang ahli falsafah,ilmuan, dan pengkaji , yang terkenal di sebabkan hasil penelitiannya tentang kanak-kanak dan teori perkembangan kognitif.
 teori yang dikemukakan beliau dalam perkembangan koqnitif ialah:


SKEMA

  • menurutnya,skema ialah satu sruktur spesifik psikologi yang mengatur cara bagaimana pengalaman kanak-kanak diterima akal.
  • skema pertama ialah pola tindakan sensorimotor dimana bayi akan mengetahui pergerakannya mempunyai kesan yang boleh ditafsir terhadap objek dan objek itu mempengaruhi objek lain .
  • piaget juga mengatakan terdapat 2 proses mengubah sensorimotor kepada skema persembahan dan perubahan skema persembahan kanak-kanak kepada dewasa iaitu:-
ADAPTASI
adaptasi melibatkan pembinaan skema-skema melalui iteraksi secara lagsung dengan persekitaran.
Ia melibatkan 2 aktiviti iaitu Asimilasi dan akomodasi.
 semasa asimilasi,skema yang ada mentafsir dunia luar manakala semasa akomodasi skema baru dicipta atau di ubahsuai apabila skema yang lama tidak dapat memahami persekitaran selengkap-lengkapnya.

ORGANISASI
organisasi merupakan proses yang berlaku secara dalaman.apabila kanak-kank mencipta skema baru,mereka akan susun semula dan menghubungkan skema2 antara 1 sama lain untuk menguatkan perhubungan sistem kognitif.
contohnya,daripada jatuhkan barang,bayi akan tahu untuk melontar barang. 





Sunday, October 3, 2010

Perkembangan Fizikal



Pertumbuhan fizikal terdiri drpd perubahan berat badan,ketinggian,lilitan kepala dan lengan,nisbah badan: kaki,kandungan lemak,pertumbuhan gigi,dan rangka tulang.

BERAT BADAN
  • Berat purata bayi yang sihat ialah 3 kg.berat badan bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak.Kebanyakannnya bertambah 1kg pada tiap akhir bulan pertama.
  • ketika, 5 bulan berat bayi akn bertambah dua kali ganda selepas kelahiran.Pada umur 1 tahun,berat meningkat 3 kali ganda.
  • Perubahan berat badan sedikit ketika kanak-kanak berumur 2-3 tahun.
  • berat badan kanak-kanak perempuan kurang berat dari kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.
KETINGGIAN

Pertumbuhan panjg paling ketara semsa bulan ke4 dan bulan ke-5 dalam kndungan.
Ketika lahir,biasanya bayi berukuran kira-kira 50cm pnjg iaitu kurang 1/3 ketinggian oarng dewasa.
Ketinggian akan bertambah sebnyak 30% pada umur 5 bulan.
apabila mencapai 1 tahun ,ketinggian meningkat sebanyak 25cm/50% dari kelahiran.
Pda thn kedua ,pertmbhn berkurang Setelah mencapai usia 2 thn barulah ketinggian meningkat 75%.Seterusnya, pada setiap tahun pertambhn ketinggian sebanyak 5-7.5 cm
Sebelum 12 tahn ,kanak-kanak perempuan lbh rendah berbnding lelaki.tetapi pada umur 12-13 tahun, kanak-kanak perempuan lebih tinggi dari kanak-kanka lelaki.
Pada lingkungan 14 bls tahun,pertumbuhan kanak-kank lelaki meningkat dan menjadi lebih tinggi.

LILITAN KEPALA
  • semasa kelahiran ukur lilit ialah 30-38cm.6 bulan,lilitan kepala berukuran 42.5cm akan  mencapai 45cm bila berusia 1 tahun da 48 cm pada umur 2 tahun.
  • Peningkatan lilitan berlaku seiring dengan perkembangan otak. semasa lahir, kepala bayi lebih besar berbnding badannya kerana perkmbangan otak berlaku dengan pesat.
NISBAH BADAN:KAKI

semasa lahir, saiz kaki bayi lebih pendek berbanding badan.
Perubahan nisbah kaki pada ketinggian adalah:-
tempoh pralahir    1:4
lahir          1:3
dewasa    1:2

KANDUNGAN LEMAK BADAN

mula meningkatbbeberapa minggu terakhir sebelim kelahiran.Keadaan terus memuncak pada usia 9 bulan.
Pada usia 1 tahun sehingga pertengahan peringkat kanak-kanak,mereka berubah menjadi kurus kerana lemak badannya berkurangan.
terdapat 3 jenis bentuk badan yang dapat dikesandari peringkat kanak-kanak.

Ektomorf: saiz tbh kecil,kurus dan tinggi; kadra perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lama.

Mesomorf: badan berisi dan pejal; penambahan otot,berat badan,dan perkembangan fizikal cepat.

Endomorf: badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak.

PERTUMBUHAN GIGI

Gigi biasanya tumbuh pada umur 6 hingga 12 bulan.Pada masa ini,kalenjar liur mengeluarkan air liur dengan banyak sehingga meleleh keluar.
Sesetengah bayi demam semasa gigi tumbuh.Gigi susu mula tumbuh bila bayi mula makn makanan separa pejal.
ini diikuti gigi kacip pada umur 10-15 bulan.Pada 12-18 bulan gigi geraham pertama tumbuh diikuti gigi taring pada bulan ke 16-20 bulan.
Kemudian, gigi geraham ke-2 pada 20-29 bulan.

RANGKA TULANG

3 cara iaitu: pertambahan panjang,mengeras danberkurang@bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu.
Pertambahn Saiz Tulang: ketara pada bahgian kaki dan lengan.Pertumbuhan berhenti apabila tulang mengeras dengan sepenuhnya.
Tulang Mengeras: Pada masa berlakunya pengerasan,tulang kalsium akn menggantikan tulang lembut kepada tulang keras.
Jumlah Tulang: Bhgian tangan,pergelangan tangan,pergelangan kaki dan kaki merupakan bahagian badan yang mengalami pertmbanhan dalam jumlah tulang yang paling besar.










Saturday, October 2, 2010

GENETIC DISORDER........?

apakah penyakit genetik?tahukah anda?
sebenarnya ia berlaku disebabkan ketidaksempurnaan  gen.
ada beberapa jenis penyakit genetik ini....antaranya ialah :-


SISTIK FIBROSIS

  • Sistik Fibrosis dihidapi oleh seorang daripada setiap 2,500 orang, dengan seorang daripada dua puluh lima disebabkan oleh heterozigot, gen terlebih zigot yang berlaku ketika persenyawaan. Dengan menggunakan antibiotik, jangka hayat pesakit Sistik Fibrosis boleh menjangkau tiga puluh tahun tetapi kebanyakan pesakit mati sebelum mencecah umur tiga belas tahunSistik Fibrosis dihidapi oleh seorang daripada setiap 2,500 orang, dengan seorang daripada dua puluh lima disebabkan oleh heterozigot, gen terlebih zigot yang berlaku ketika persenyawaan. Dengan menggunakan antibiotik, jangka hayat pesakit Sistik Fibrosis boleh menjangkau tiga puluh tahun tetapi kebanyakan pesakit mati sebelum mencecah umur tiga belas tahun. Sistik fibrosis merupakan penyakit genetik pertama yang berjaya diklon oleh pakar genetik.
TAY-SACHS

  • ia berlaku disebabkan terdapat kandungan gangliosida yang banyak terkumpul pada sel saraf.
  • tay-sachs berkaitan dengan masalah kecelaruan enzim,menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu.apabila keadaan berterusan,pemindahan mklumat oleh saraf terhalang dan menyebabkan kerosakan otak.
  • Individu yang mengalami penyakit ini biasanya meninggal dunia pada sebelum umur 3 tahun.

ALBINO
  • kelainan warisan pada pola autosomal recessive
  • terdapat pengurangan pigmen pada mata,rambut dan kulit.
  • penyakit ini dikategorikan kepada 2 jenis..kedua-duanya berbeza disebabkan kandungan tirosin.
  • albino tirosin positif: membentuk beberapa pigmen pada kulit dan rambut,penglihatan agk rosak,kurang sensitif pada cahaya.
  • albino tirosin negatif: memiliki kulit yang merah muda pucat,penglihatan kurang, rambut putih,sensitif dengan cahaya.